Serabut!!

Hati- hati bila mengeluarkan kata2 pada anak2 kita..
Mereka belajar dari kita, baik perbuatan kita, maka in sha Allah baiklah ikutan mereka.
Baik didikan kita, maka baiklah pekerti mereka..
Satu hari, dengan rasa penat baru balik kerja.. banyak fikir. Nak masak, nak sembahyang, tetiba je Husna yg dah besar panjang tu minta dibuatkan susu..

Nana : Umi, nak susu!!!
Ummi : Grrr.. serabutlah kakak ni..
Nana : Nanapun serabut dengan ummi! (sambil menjeling )
Ummi : ???

Hafiy ~ Yang Memuliakan ~

Hafiy ~ Yang Memuliakan  ~
Anak adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Setiap anak wajar mendapat kasih sayang yg sama rata. Balasan penat lelah kedua ibu bapa selama ini, berbaloi bila anak membesar dan menjadi insan berguna..

Setiap anak, perlu dinamakan dengan nama yg mempunyai makna yg baik..
Hafiy bermakna Yg Memuliakan.. Insha Allah..ianya bermakna yg baik belaka..

Hafiy sibongsu (setakat hari ini le.. ), anak paling mudah diurus.
Sejak dilahirkan hingga sekarang (insha Allah selamanya) sangat senang menjaganya. Namun, saat melahirkannya lah paling menyakitkan & memalukan… bayangkan, sy dikelilingi ramai bakal doktor semasa nak bersalin.. budak2 lelaki pula tu.. huii, malu..

Sekarang, dia membesar dengan penuh kasih syg..
Ada abang, ada kakak yang menyayanginya. Ada nenek & atuk yang mengasihinya. Saudara mara dan sepupu sepapat yang melayannya.. Ada semuanya…

Alhamdulillah.

Kasih kakak

IMG_1407

Kenangan yang lalu..
Si baby Hafiy dipangkuan kakaknya.
Terpancar sinar kasih seorang kakak walaupun masih belum mengerti apa2. Inilah anugerah ilahi yang tidak terhingga.

DSCN2031
Sekarang, Hafiy da 3 tahun, si kakak dah 5 tahun..  Masih dalam lingkungan berkasih sayang..urmm..
tak kurang suka bergaduh!!

Berebut itu, berebut ini.. Kekadang memeningkan kepala..  tetapi kalau mereka xde.. rasa ada sesuatu yang kurang.   Kalau mereka tak bising, terasa sunyilah pula..

Oh, Ain Husna!!

Oh, Ain Husna!!

As Salam
Salam perkenalan..& selamat datang ke blog baru sy.. Tetiba teringin nak berblog guna wordpress.. rasa macam menarik je. Da ada blog iaitu izanne76.blogspot.com sebelum ni..

Nih gambar Ain Husna..sorang2nya doter sy ,anak ke-3 dari 4 org..
Umur makin meningkat..ermm alahai, rasa nak tambah umat sorang lagi.. terutamanya gegurl la, biarlah secomel hakak dia.. 🙂 Hehe..perasan!!
~Babai Cayang~